Wednesday, December 30, 2009

Penempatan Sekolah Kelas E

Posted by sweetmemories



Semoga kita semua dapat berbakti dengan sebaik mungkin. Amin

aini - sekolah menengah - perak
Ida Suzana - sek. Menengah- taiping Perak
Kay - sekolah rendah - johor Bahru
Amezan - sekolah menengah Sultan Alaudin Riayat Shah- muar johor
zaidi - sekolah menengah - muar johor
Tim - sek menengah - Penang
Faridah - Penang
Aidawati- Kedah
Mail- Smk kg sohaerto, hulu selangor
Rosdi- Sk bt. lanjang Damansara
Mahezan - Sk bt. Lanjang Damansara
aina- Sek. Mennegah Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Akmar - Sekolah Menengah bangsar
Deja- Sk Danau Kota 2
Roha- Sk Taman Segar, Cheras
Murni - SK Taman Midah 2, Cheras
Diana - Sek. Men Panji Kelantan
Fadli - Sek. Men. Rantau Panjang Kelantan
HAzli - Sek. MEnengah area chiku - Kelantan


Friday, November 13, 2009

BAKAL2 GURU PDK

Posted by sweetmemories



Friday, October 23, 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Posted by sweetmemories

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007


PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab para pentadbir sekolah, para guru, penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di medium yang dinamakan ”sekolah”. Sekolah bertindak sebagai sarana penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihak memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakal tiba suatu hari nanti.

Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapat dipraktik para murid. Tambahan lagi, pendidikan ditafsirkan di dalam FPK sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para murid yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara.

Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah semulajadi insan. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan terhadap kemakmuran variasi pihak.

Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru; yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana – kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan, pelaksanaan aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang disediakan di setiap sarana FPK.

Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian demi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yang terkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya, kajian yang terlibat adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau sebaliknya, pemerhatian menerusi senarai semak, dan borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel guru secara rawak. Analisis para respondan dibuat menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan peratusan.


IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pengenalan

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.

FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini; umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPK diaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah?

TIPs temuduga SPP

Posted by sweetmemories

Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :-

Cara Penyampaian/Berkomunikasi.

Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang negatif. Perawakan Dan Penampilan Diri.

Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan.

Pengetahuan Ikhtisas.

Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-

a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.

c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.

d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.

e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.

f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.


Pengetahuan Semasa/Am.

Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.

Laporan Nilaian Prestasi.

Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu. Penilaian ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan kepada format borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek yang dinilai ialah dengan memerhatikan guru berkenaan mengajar di dalam kelas atau membimbing murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

Tuesday, October 6, 2009

Tahniah

Posted by sweetmemories

Tahniah untuk ketua kelas Baru ZAIDI
Tahniah untuk penolong kelas Baru KAMARIAH

Friday, September 18, 2009

Calon ketua kelas

Posted by sweetmemories

Entry baru ada kat bawah... Plz scroll down

CALON KETUA KELAS
silalah vote calon yang korang suka.....



Get your own Poll!

Tuesday, September 15, 2009

Model keselamatan Jalan raya SKPP8(2)

Posted by sweetmemories

Tugas yang diberikan kepada kami berempat pada minggu pertama praktikum. Bayangkanlah dalam masa satu hari je model ni perlu disiapkan untuk penilaian keesokkanya,(hari tu dapat tugasan dan hari tu jugaklah perlu disiapkan) ditambah dengan kekangan bahan-bahan yang amatlah terhad dan kekangan masa. hanya menggunakan apa yang ada ajo.inilah yang mampu dihasilkan oleh kami berempat. ilham sepenuhnya oleh rosdi dan kami bertiga melaksanakan..jalan litar tu asyik berulang kali si rosdi duduk bubuh tar baru.....* kenangan kami berempat ni.
gambar model ni diambik selepas beberapa minggu hari pertandingan jadi gak model dah lintang pukang..pokok ada yang terbalik tak diangkat2nya...tapi aku nak upload jugak.

pokok2 tu dibuat daripada berus hijau basuh pinggan.berus hijau itu dicarik-carikkan kemudian di gam di lidi sate

Atap bangunan tu dibuat daripada kotak yang dibuang kertasnya.

gambar2 kat atas tu sebenarnya dah banyak yang tak dak contoh lampu isyarat dan tanda-tanda jalan raya yang lain....