Wednesday, June 17, 2009

KENAPA ANDA INGIN MENJADI GURU?

Posted by sweetmemories

Kenapa anda ingin jadi cikgu?

why?

apa korang jawab semasa menjalani sesi temuduga tempoh hari. masing2 senyum2 je dan tak mustahil ada yang dah jadikan soalan ni sebagai soalan spot..so mungkin dah ada skrip jawapan untuk soalan power ni....tak mustahil jugak soalan ni tak ditanya oleh si panel..so apapun soalan panel aku percaya korang semua ada jawapan tersendiri kenapa profesion keguruan menjadi pilihan hati, sumber rezeki untuk anak, isteri, ibu bapa kat kampung, dan sebagai jaminan di masa tua kita semua. pendek kata suamiku ada menyatakan tugas seorang guru adalah tugas yang mulia dan telah diamanahkan untuk memberi ilmu pengetahuan untuk anak bangsa...dan semua guru telahpun berikrar dan bersumpah. menjadi satu dosa andai seorang guru tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin, menjadi satu dosa andai menjalankan tugas sambil lewa...wah pandai betul suamiku ini...

bila kurenung kata-kata suamiku ini, ada benarnya juga..lebih2 lagi kita yang menjadi guru kepada anak2 istimewa.


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
untuk membuktikan pilihan kita tepat, untuk menguji kemampuan kita sebagai seorang guru, BUKTIKAN..BUKTIKAN kawan-kawanku......lakukan yang terbaik disepanjang praktikum ini........
walaupun sipenulis entry ini masih lagi poning2, satu habuk BBMpun tak ade, tak tahu nak buat apa..anggaplah entry ini sebagai pembakar semangat untuk kita semua termasuklah aku..
posted by roha

Wednesday, June 3, 2009

Selamat Hari Jadi untuk Puan Shariza

Posted by sweetmemories




Untuk pengetahuan rakan-rakan 2 Jun 2009 merupakan Hari Jadi Puan Shariza...(yang ke berapa?..itu kena tanya Puan Shariza sendiri)...Saya mewakili kelas 1E mengucapkan Selamat Hari Jadi!!!!Semoga puan dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa ceria....amin...
Gambar: yang tengah tu Puan Shariza dan sebelah kirinya ialah Cik Siti Salamah....




Kenangan pameran TPM

Posted by sweetmemories

Ini adalah sebahagian gambar sepanjang pameran TPM itu berlangsung...

Sudut Kemahiran Hidup Pendidikan Khas
Sudut koleksi gambar aktiviti yang telah berlangsung sebelum ini yang dilaksanakan oleh pelajar Pendidikan Khas dan juga Pemulihan Khas iaitu Pameran Big Book dan Bengkel Bina Bahan.

Ini lah gambar Timbalan Perdana Menteri sambil diiringi oleh Pengarah Maktab Bahasa Melayu..Segala keringat yang dicurahkan untuk menyiapkan pameran ini rasa berbaloi apabila TPM melawat tempat pameran ini...terima kasih TPM kerana sudi meluangkan sedikit masa...
;-) tak lupa kepada rakan-rakan yang telah sudi meluangkan masa untuk menyiapkan pameran ini walaupun terpaksa berkorban hari cuti dan masa sehingga ada yang pulang pukul 10malam dan menumpang rumah kawan...



Tuesday, June 2, 2009

TPM-Nantikan

Posted by sweetmemories

Nantikan di next Entry.
kepada rakan kelas yang ku sayangi, mana2 yang ada gambor semasa preparation untuk TPM..silalah update ya.......


posted by Roha