Tuesday, August 18, 2009

cara mendidik anak autisme

Posted by sweetmemories

AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.

Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:



Tidak menghiraukan orang lain


Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain


Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap


Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)


Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran


Lebih suka bermain sendiri


Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi


Lambat bercakap


Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang


Tidak boleh berkomunikasi dengan baik


Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot


Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)


Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya


Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa


Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan


Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek


Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan


Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang


Tidak boleh duduk diam


Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)


Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri


Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:


Kurang tumpuan kepada persekitaran


Sering ada dalam dunia sendiri


Kadangkala pertuturan tidak jelas


Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.

“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:


Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya


Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)


Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)


Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)


Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek


Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)


‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain

Apa yang boleh dilakukan guru?

Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:


Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.


Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.


Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.


Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.

Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.


Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.


Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.


Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.


Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.



Ciri-ciri autisme

> Tidak menghiraukan orang lain

> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

> Lebih suka bermain sendiri

> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

> Lambat bercakap

> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan

> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

> Tidak boleh duduk diam

> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif

> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

Monday, August 10, 2009

BORANG POSTING ...OH BORANNG POSTING>>>>>BILALAH NK SELESAI

Posted by sweetmemories

MAKLUMAT YG DIPERLUKAN-SILA EMAILKAN PD MAIL SEGERA SELEWATNYA MALAM INI (11/8/09)
NAMA
JANTINA
NO_KP
BANGSA
AGAMA
NEGERI_MASTAUTIN
T_LAHIR
TPT_LAHIR
SUDAH_KAHWIN
W_NEGARA
BDR_SPOUSE
N_SPOUSE
NO_KP_SPOUSE
ALAMAT_BARIS1
ALAMAT_BARIS2
ALAMAT_BARIS3
POSKOD
BANDAR
NEGERI
NO_TEL_RUMAH
NO_HP
IJZ_PERTAMA
NAMA_UNIV_IJZ
PNGK_IJZ
MAJOR_IJZ1
MAJOR_IJZ2
IJZ_MASTER
UNIV_MASTER
MAJOR_MASTER1
MAJOR_MASTER2
BM_SPM
BM_STPM
BM_INIV
BC_SPM
BT_SPM
BA_SPM
SUKAN
CAPAIAN TINGGI
UNIFORM
CAPAIAN TINGGI
KELAB
CAPAIAN TINGGI
BAKAT_1
CAPAIAN_BAKAT_1
BAKAT_2
CAPAIAN_BAKAT_2
JAWATAN _TETAP
STATUS_JAWATAN
MAJIKAN
JAWATAN
TAHAP_SIHAT
CACAT_FIZIKAL
OKU
JENIS_CACAT
NEGERI_PILIHAN

Friday, August 7, 2009

maklumat mengenai terapi pasir

Posted by sweetmemories

Permainan pasir bantu kanak-kanak luahkan perasaan marah

Di sini saya dapatkan maklumat dari sebuah laman web mengenai terapi pasir,saya harap ianya berguna utk guru pdk:


“ENTAHLAH doktor. Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Fariz tu. Asyik nak meradang sejak saya kahwin lagi. Bila tanya, senyap pula. Tak tahu dengan siapa yang dia marah. Saya ataupun ibu barunya tu,” adu Amir mengenai anaknya yang berumur tujuh tahun itu.

Mungkin ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini. Kebanyakan penyelesaian yang diambil ialah memarahi, menghukum atau lebih teruk, memukul tanpa mengetahui punca kemarahan si anak.

Tidak dinafikan, kanak-kanak, tanpa mengira usia dan jantina, turut dihimpit dengan perasaan marah dan mengalami ketegangan jiwa seperti yang dihadapi oleh golongan dewasa.

Kesukaran untuk meluahkan kemarahan mereka dengan cara yang betul dan memilih ‘membuat perangai’ atau marah kepada ibu bapa mereka akhirnya mewujudkan ruang dendam dalam diri mereka yang seterusnya dibawa ke alam dewasa.

Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Dr. Mark Pearson, kaedah permainan mampu membantu kanak-kanak pemarah ini meluahkan perasaan mereka.
PASIR merupakan elemen semula jadi yang menenangkan.

“Adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan,” ujar beliau.Ujar Pearson, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pemilihan objek juga dapat memberi gambaran apa yang dirasakan oleh mereka.

“Semasa terapi dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak sedar mereka sedang meluahkan perasaan. Di akhir setiap sesi, jiwa mereka menjadi lebih rileks,” katanya. Justeru pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.Secara teori, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.

“Melalui cara tersebut, kaunselor dapat mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu ibu bapa mengenai cara mengatasi kemarahan kanak-kanak tersebut,” katanya.

PEMILIHAN barang permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir dapat menggambarkan perasaan mereka.Lebih menakjubkan, selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri mereka. Tambah Pearson, teori yang dicipta oleh Dora Kalff ini memberi ruang tersendiri kepada kanak-kanak untuk berekspresi dengan kotak pasir tersebut dalam suasana tenang.

“Bukan saja ciptaan yang mereka bina di dalam kotak pasir itu meredakan kemarahan, kepuasan tersebut membuatkan wujudnya rasa percaya terhadap kebolehan mencipta dalam diri mereka,” katanya. Tidak sekadar itu, pakar juga mendapati daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak ini turut berkembang dan adakalanya melepasi jangkaan.

Di samping itu, kaedah ini mampu mencapai objektif kerana teknik melukis yang selalu digunakan sering gagal disebabkan kanak-kanak merasakan mereka tidak pandai melukis. “Lukisan saya buruk menjadi antara faktor terapi melukis kerapkali gagal namun dengan permainan pasir ini, kanak-kanak tidak terikat dengan buruk atau cantik sesuatu ciptaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, terapi ini bukan saja membantu kanak-kanak pemarah malah dalam satu aspek lain, ia turut menolong orang dewasa membuat keputusan.“Apabila kita rileks, kadar penumpuan kita akan menjadi lebih tinggi dan ini akan membawa kepada pusat permasalahan yang utama,” jelasnya. – SHANIKA ABDULLATIB.

Wednesday, August 5, 2009

aktiviti terapi berkuda

Posted by sweetmemories


Gambar kenangan semasa terapi kuda di Putrajaya...Ini gambar murid yang pergi terapi kuda...ada juga adegan nangis sampai meleleh2 air mata...boleh buat minum.
Gambar sebahagian guru yang terlibat...semua hendsem2....





Testing

Posted by sweetmemories

aku tengah buat renovation